Cara Menghilangkan Bekas Jerawat

.

Sebenarnya Cara Menghilangkan Bekas Jerawat itu sangat mudah.. mau tau caranya...??? ikuti langkah-langkah berikut :


1. Ubi Kayu
Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

2. Batang kulit kayu manis
Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

3. Daun sireh muda
Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

4. Daun pegaga dengan Bedak sejuk
Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

5. Kulit kayu manis dengan Madu lebah
Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

6. Ketimun
Kisar timun dan tapis airnya. Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

7. Kulit pisang klutuk
Sebelum mandi, usapkanlah kulit pisang klutuk (batu) yang sudah matang pada kulit wajah. lalu biarkan sekitar 10 menit, setelah itu bilas dengan air teh basi, dan baru mandi.

8. Biji pinang tua dengan air mawar
adalah dengan menghaluskan biji pinang tua, campur dengan air mawar. gunakan sebagai bedak setiap hari.hindari makan makanan yang pedas dan berlemak. sering memakan tape ketan dan tape singkong adalah baik untuk kulit anda. usahakan buang air rutin setiap hari.

9. Asam jawa dan Kunyit
Ambil sedikit asam jawa + beberapa cm kunyit. Kunyit di tumbuk, campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah rata, oleskan sebagai masker ke muka. Biarkan selama 20 menit. setelah itu cuci bersih.

10. Air jeruk nipis
Campurkan air jeruk nipis (lebih bagus yang lokal) dengan 1 sendok minyak masak. Oleskan ke seluruh muka sebelum tidur. Paginya, ambil asam gelugur (asam jawa juga boleh) dan rendam dalam air panas. Setelah air menjadi hangat (suam2 kuku). Basuhlah air tersebut ke muka kita, asamnya di gosok-gosokkan ke tempat2 yang berjerawat or yang berparut. Beberapa menit kemudian, basuh dengan air biasa.

11. Air asam jawa dan Air kelapa tua
Campur bedak dingin dengan garam dan air asam jawa. Sapukan ke muka dan di tempat berjerawat. Atau bisa juga bersihkan muka, cuci dengan air kelapa tua. Setelah kering sendiri, bilas dengan air bersih.

12. Kanji nasi
Ambil sedikit kanji nasi. Sapukan ke jerawat, dan biarkan kering di muka. Cuci dengan air hangat. Atau bisa juga basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih.

13. Putih telur, Tepung jagung dan Minyak zaitun
Putih telur + 1 sedok tepung jagung + minyak zaitun. Ketiganya, aduk secara rata. Gunakan sebagai masker.

14. Tepung kanji
Larutkan tepung kanji dengan air. Oleskan di sekitar tempat yang berjerawat.

Nah cara-cara tersebut merupakan cara alami lho.... semoga membantu anda dalam Menghilangkan Bekas Jerawat anda .



fb comments

0 comments:

Posting Komentar